KENANGAN TERINDAH

MEMORI SEORANG IBU

12:00


Teks : Kak bed
Imej : Koleksi Peribadi


Setiap kali teringat memori silam,setiap kali itu juga terbit rasa kecewa,sakit hati dan gundah.
Bagaimana harus diungkapkan betapa Kak Bed teramat kecewa dengan insiden yang berlaku.

Kemaafan telah diberikan. 
Kak Bed cuba berlagak tenang sementelah encik suami juga sangat tenang ketika itu.Dialah yang mengaturkan segalanya di samping Abang Mat dan Kak Mi, jiran kami yang banyak membantu saat kritikal tersebut.
Terkilan rasa bila kemaafan yang kami berikan disalah gunakan.
Terkilan rasa bila banyak betul spekulasi yang diwujudkan oleh orang yang telah kami maafkan.
Kami maafkan dengan ikhlas kerana apa yang berlaku atas ketentuanNya. Siapalah kita manusia nak melawan qada' dan qadar Yang Maha Esa telah tetapkan.
Namun rasa ikhlas itu bertukar menjadi sedikit dendam bilamana terdengar spekulasi sebegitu. Mujur juga cepat tersedar dari terus menyimpan dendam.
Kami tak menyesal kerana tidak mengambil tindakan, namun kami kesal kerana kemaafan yang kami berikan tidak dihargai.
Kak Bed pasrah kerana Kak Bed tahu puteri yang tersayang Nur Yamni Arissa berbahagia nun di syurga nan indah.
Semoga Ya Allah Kau pimpinkanlah kami di jalanMu agar dapat bertemu puteri kami di syurga.
Aamin ya rabbal a'lamin.
017-2015485 ( WhatsApp )

You Might Also Like

0 comments

RAHSIA NAK CANTIK FB

WAHM SOHO